June 19, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Ni la bila cuti sekolah dah habis, blog terabai. Sadis betul. Padahal banyak cerita nak update, nak story-mory, tapi masa tu takde. Bermulalah rutin harian - busy mengalahkan Menteri. Sekarang tengah sebok nak hari sukan. Nak kejar sebelum puasa. Sukantara la, Acara Sebelum Sukan la, Sukaneka la. Pening kepala. Ditambah lagi dengan kerja nak key in markah PBS semuanya la, kena siapkan sebelum Hari Terbuka nanti. Mengajar, menanda buku, kerja-kerja pentadbiran. Hanya cikgu memahami tugas seorang cikgu. -,-'


ALHAMDULILLAH, hari ni genap usia kandungan 23 MINGGU. Setakat ni semuanya okay. Baik-baik saja. Syukur sangat diberi kesihatan yang baik walaupun cuaca tak begitu elok sekarang ni. Cuma terasa cepat letih dan mengantok. Lepas Isyak je, mula laa mata ni layu. Memang tak boleh nak ditahan-tahan. Pukul 9.30 je confirm dah gelap je bilik aku. HEHE.


Minggu lepas, secara tak sengaja, aku pergi klinik. Sebab perut terasa memulas-mulas. Sakit macam senggugut tu. Duduk salah berdiri pun salah. Muka jadi pucat. Oleh sebab tengok aku dah macam orang sakit sangat, Puan Pengetua bagi pelepasan balik awal. Terus ke klinik pakar O&G. Risau gak kalau jadi apa-apa. Alhamdulillah, doktor scan bagitau semuanya okay. Jantung okay. Baby pun okay. Baby membesar ikut minggu.




Dan, doktor TERsasul TERsebut gender baby. HEHE. Dah tak surprise la camni. Baru nak pegi scan 3D 4D next month dengan hubby. Alih-alih doktor dah sebut dah. Boboy ke Gegirl?? Biarlah rahsia dulu. HEHE. Nak try scan lagi sekali untuk confirmkan. Then bolehlaaa shopping dengan meriahnya. :)


Akhir bulan ni, (28-30 Jun) ada Mom and Baby Expo kat Danga City Mall. Macam tau-tau je dah gaji kan time tu. Haihhh. Memang saja nak suh abeskan duit gaji lettew. Nurse pun dah pesan, boleh cari barang-barang penting dulu sket-sket. Nanti tak la terasa sangat duit laju kuar macam air. NGEE. So, memang plan nak cari barang-barang akhir bulan ni. Dah masuk 6 bulan. Boleh start kumpul. :)


Selamat bershopping mommy-to-be sekalian. :p



:]
Much Love,
Farah


♥ THANKS for READING!! ♥

5 ♥ lovely notes ♥:

SarahSyafiq said...

bila dah tau gender br syok nk shopping kan.takde la asyik ambik baju kaler putih, coklat je.hehe

Unknown said...

betul2.. sekarang musim cikgu2 bizi.. bestnya.. bila la kat Perak @ Kedah ada baby expo.. teringin nak pergi.. huhu

Mizz Farah said...

@SarahSyafiq
ha'ah..tau takpe..bru la hepi nak shopink cmni..hehe

Mizz Farah said...

@Shizan Syafik
cuba add kat FB mom and baby expo..rasenya ade kot setiap negeri..mgkin shizan terlepas pandang tak.. :)

Yaya Ayarus said...

Tahniah Farah, taklama lagi nak jadi ibu :)
Doakan yaya jugak k
hukhukhukkk