Assalamualaikum...
Okay. Macam biasa. Info ni aku Copy & Paste je. HAHA. Untuk koleksi sendiri. Bukan apa, nanti senang. Tak tercari-cari. :D
Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.
Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.
Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.
Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.
Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sehingga dia bersendawa.
♥ THANKS for READING!! ♥
Assalamualaikum...
Ni la bila cuti sekolah dah habis, blog terabai. Sadis betul. Padahal banyak cerita nak update, nak story-mory, tapi masa tu takde. Bermulalah rutin harian - busy mengalahkan Menteri. Sekarang tengah sebok nak hari sukan. Nak kejar sebelum puasa. Sukantara la, Acara Sebelum Sukan la, Sukaneka la. Pening kepala. Ditambah lagi dengan kerja nak key in markah PBS semuanya la, kena siapkan sebelum Hari Terbuka nanti. Mengajar, menanda buku, kerja-kerja pentadbiran. Hanya cikgu memahami tugas seorang cikgu. -,-'
ALHAMDULILLAH, hari ni genap usia kandungan 23 MINGGU. Setakat ni semuanya okay. Baik-baik saja. Syukur sangat diberi kesihatan yang baik walaupun cuaca tak begitu elok sekarang ni. Cuma terasa cepat letih dan mengantok. Lepas Isyak je, mula laa mata ni layu. Memang tak boleh nak ditahan-tahan. Pukul 9.30 je confirm dah gelap je bilik aku. HEHE.
Minggu lepas, secara tak sengaja, aku pergi klinik. Sebab perut terasa memulas-mulas. Sakit macam senggugut tu. Duduk salah berdiri pun salah. Muka jadi pucat. Oleh sebab tengok aku dah macam orang sakit sangat, Puan Pengetua bagi pelepasan balik awal. Terus ke klinik pakar O&G. Risau gak kalau jadi apa-apa. Alhamdulillah, doktor scan bagitau semuanya okay. Jantung okay. Baby pun okay. Baby membesar ikut minggu.
Dan, doktor TERsasul TERsebut gender baby. HEHE. Dah tak surprise la camni. Baru nak pegi scan 3D 4D next month dengan hubby. Alih-alih doktor dah sebut dah. Boboy ke Gegirl?? Biarlah rahsia dulu. HEHE. Nak try scan lagi sekali untuk confirmkan. Then bolehlaaa shopping dengan meriahnya. :)
Akhir bulan ni, (28-30 Jun) ada Mom and Baby Expo kat Danga City Mall. Macam tau-tau je dah gaji kan time tu. Haihhh. Memang saja nak suh abeskan duit gaji lettew. Nurse pun dah pesan, boleh cari barang-barang penting dulu sket-sket. Nanti tak la terasa sangat duit laju kuar macam air. NGEE. So, memang plan nak cari barang-barang akhir bulan ni. Dah masuk 6 bulan. Boleh start kumpul. :)
Selamat bershopping mommy-to-be sekalian. :p
:]
Much Love,
Farah
♥ THANKS for READING!! ♥