Assalamualaikum...
Seperti yang semua sedia maklum, kurma, kismis dan madu mempunyai khasiat yang tersendiri. Banyak kebaikan yang dapat kalau makan ketiga-tiga makanan ni. Lagi pun semua ni kan makanan Nabi. Kalau kita makan, kira ikut sunnah Nabi. Nabi kan makan makanan yang elok-elok je. :)
Makanan-makanan ni sangatttt la baik untuk preggy mommy, kawan-kawan yang tengah TTC dan sesiapa saja. So, aku nak share kebaikan kurma, kismis dan madu ni. ;)
Sabda Rasulullah S.A.W,
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan proses bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangi bayi. Ingat tak kisah di mana Maryam A.S hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa A.S. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya malah ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis yang lain.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ia mengandungi banyak khasiat. Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya
- Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
- Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana tidak mengandungi kolestrol
- Kaya khasiat: Protein (1.8 - dua peratus), serat (dua hingga empat peratus). glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium
- Kandungan gula mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan
- Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim
- Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung
- Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana yang dilakukan oleh Maryam A.S yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa A.S.
a) KURMA
Abu Abdillah AS bersabda:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sinar".
Abu Abdillah AS bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq AS bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di dalam perutnya akan mati".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
b) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Imam Ali AS bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya sesuatu yang tidak disenangi".
Imam Ali AS bersabda:
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cecair kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, memperelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan keletihan".
c) MADU
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq AS, beliau bersabda:
"Rasulullah SAW sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq AS, beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa meminum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkosentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Dari Imam Ali AS, beliau bersabda:
"Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit didalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Allah SWT telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

2 ♥ lovely notes ♥:
ye.buah kurma sgt berkhasiat.ibu yg diabetes ni pun still boleh ambik kurma even buah tu manis.
kurma memang sgt bagus..tp kn..wanie makan kurma yg dr mekah je..yg ada kat sini x nak makan..baby memilih. so bila org blk umrah mesti mintak kurma byk2..
Post a Comment