October 14, 2012

Mesti Lakukan PERUBAHAN !!!

Assalamualaikum...



PERUBAHAN ??

Dalam hidup ini untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kebahagiaan, kita perlu melakukan perubahan. Kita mesti berusaha keras, menambahkan ilmu dari semasa ke semasa dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Kita perlu keluar dari "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon itulah terletaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan. Zon selesa ialah keadaan kita sekarang manakala zon mencabar ialah keadaan yang diinginkan pada masa akan datang.

Perlu ke perubahan dalam kehidupan??

YE !!! Sangat perlu. Sampai bila kita nak berada di takuk yang sama. Sentiasa inginkan zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama saban hari. Kesannya?? Kita akan terus gagal, lemah, hina atau jahil kerana tak nak berubah. Ada pepatah mengatakan :

"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya untuk berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup mesti ada perubahan. Kata orang bijak pandai, yang tidak berubah ini hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya dalam hidupnya. Manakala mereka yang berubah kerana terpaksa akan gagal dalam hidupnya.

Jika korang ingin berubah, lakukanlah perubahan tu. Bukan hanya sekadar cakap-cakap kosong dan mencipta alasan. Dari dulu sampai sekarang aku masih berpegang dengan kata-kata "NAK BERJAYA JANGAN BANYAK ALASAN". Sampaikan anak-anak murid aku pun pegang kata-kata ni. Percayalah, kita boleh bagi SERIBU alasan untuk gagal, tapi kita hanya perlu SATU sebab untuk berjaya.

Alhamdulillah, berkat doa yang tak putus-putus, Allah telah bukakan pintu hati ni untuk melakukan perubahan. Terima kasih Ya ALLAH. Apa yang penting, mesti tetapkan matlamat hidup. Sentiasa positifkan diri dalam apa jua perkara. Jangan sesekali pandang belakang, pedulikan apa orang nak kata. Mesti tekad, bersemangat dan sanggup berusaha untuk mencapat matlamat. 


Jangan takut. Kalau kita jatuh, bangunlah semula. Jatuh lagi? Bangun lagi. Jatuh lagi?? Bangun balik. Jangan sesekali berhenti. Teruskan. Akan tiba suatu masa, kita akan rasa betapa bahagianya hidup ini. Kalau kita punya NAWAITU yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan. :)


"YOU SAY THE SAME, YOU STAY THE SAME. YOU DO THE SAME, YOU GET THE SAME"


:)
Much Love, 
Farah


♥ THANKS for READING!! ♥

5 ♥ lovely notes ♥:

Alaimett said...

betul tu.....

ALHAMDULILLAH......

ALLAH buka hati kita untuk berubah,ucaplah syukur n kuatkan hati untuk terus berusaha memperbaiki apa kekurangan diri....
Insyaallah...

NICE entry

Cik Puan Kocik said...

Insya-Allah, harap2 dapat berubah kepada keadaan yang lebih baik.

Mizz Farah said...

@Alaimett
Alhamdulillah...syukur sgt..
thanks support Farah..

:)

Unknown said...

Pembakar semangat di awal pagi...
Thanks Sis ^_^