December 18, 2012

Bukan Rezeki Kami :')

Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH...masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog setelah hampir dua bulan menyepikan diri. Entry kali ni mungkin agak sedikit panjang, sekadar ingin meluahkan rasa hati yang terpendam.


TAHNIAH !!! AWAK MENGANDUNG !!! 
Yeahh. Pastinya ayat keramat inilah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang dah berkahwin kan. Pastinya ayat inilah yang menjadikan kehidupan berubah serta merta. Seronok kan?? Begitu juga aku, setelah hampir 6 bulan berkahwin, aku disahkan mengandung pada 19 November 2012. Ketika itu usia kandungan aku baru 4 Minggu 4 Hari. Menitis air mata aku saat dikhabarkan berita gembira ini, apatah lagi hubby juga mengharapkan berita gembira ini setiap bulan. :')

Doktor pun menasihati aku supaya jaga diri, jaga makan, jangan buat keje berat-berat, tido kena cukup, sentiasa ambil supplement. Tak ketinggalan hubby juga menatang aku bagai minyak yang penuh hinggakan setiap apa yang aku nak buat, perlu dapat keizinan dari dia. Kalau tak, jangan haraplah dia nak bagi, even nak sapu sampah pun dia tak bagi. Kenalah duduk-baring-tengok TV-baca buku. 

Di awal kandungan ni, aku tak mengalami alahan yang teruk. Cuma rasa mual-mual, kerap sakit kepala, badan rasa letih walaupun tak buat apa-apa. Muntah-muntah ada jugak tapi tak kerap. Kadang-kadang muntah pagi, kadang-kadang tu muntah petang atau malam. 

Nak dijadikan cerita.......


24 November 2012
Tetiba aku sakit perut yang teramat sangat. Sampai tak boleh nak bangun. Oleh sebab hubby jauh, adik and mak aku yang bawa gi hospital. Setelah menunggu hampir 2 jam baru aku diberi rawatan. Muka dah pucat cam hape tah. Dipendekkan cerita, Doc scan tak nampak apa-apa. Kantung pun tak nampak. Masa tu kandungan aku dah 5 Minggu 3 Hari. Doc tanya "betul ke awak mengandung". Pulakkk..betullah!!! Takkan Doc kat klinik tu nak tipu. Terus dia suh aku wat UPT and hasilnya POSITIF. Muka Doc nampak tak puas hati. Disuruhnya buat blood test pulak hasilnya tetap POSITIF. Oleh sebab tak nampak apa-apa, aku ditahan wad untuk double confirm katanyaaa. Dah agak dah!!! Confirm kena tahan. Doc cakap dia tahan aku ada dua sebab :

Pertama : Scan tak nampak apa-apa, macam aku tak mengandung :'(
Kedua : Takut aku mengandung luar rahim :'(((

Maka bermulalah rasa bagaimana perasaan ibu-ibu mengandung kat luar sana mengalami detik-detik cemas ketika dirodok dengan 'mulut itik' oleh pelbagai jenis doc. Serius!!! Sangat malu masa tu. Selama hampir 15 jam kat hospital tu, 3 kali kena rodok. Pastu doc semuanya lelaki. Haihh. Dah kurang doc pompuan agaknya. Sakit?? Of course la kan. Tak boleh nak bayangkan. Rasa cam nak tendang je doc tu. HEHE.

'mulut itik' versi plastik

Hasil ujikaji beberapa orang doc, akhirnya doc pakar scan 'bawah' dan nampak kantung, tapi kecik je. Doc mengesahkan aku mengandung peringkat awal atau early pregnancy dan kandungan dalam rahim. Tengahari esoknya aku dah boleh discharge dan doc pesan suruh rehat secukupnya. Aku dikehendaki datang semula 2 minggu lagi (10 Disember 2012) untuk repeat scan. Masa tu nanti kandungan dah masuk 8 minggu.

ni lah doc guna untuk scan kat 'bawah' - transvaginal ultrasound


28 November 2012
Bangun pagi, tetiba tengok ada brownish spotting kat panties. Jantung berdegup kencang terus jerit panggil hubby. (Oh! Time ni hubby amik cuti seminggu untuk temankan aku). Menggigil aku tunjuk kat hubby. Hubby terus contact sepupu dia yang keje nurse tu tanya macam-macam. Sepupu dia cakap jangan risau sebab tu tanda-tanda implantation. Oleh sebab tak puas hati, aku tanya kat kawan aku, dia pun cakap jangan risau. Sebab yang kuar tu bukan fresh blood just spotting je. So, lega sket dengar.


1 Disember 2012
Risau sebab spotting tu still ada. Tak berhenti-henti. Pujuk hubby suh bawak gi O&G. Time ni doc scan dah nampak kantung. Bulat cantik je. :') Doc mintak izin nak rodok 'bawah' tu untuk tengok punca bleeding tu. Kali ni 'mulut itik' versi besi pulakk. Plastik tu kira boleh tahan lagi la. Tapi yang besi ni.....bayangkan besi masuk dalam tuttt.

tobat dahhh tamo lagi !!!

Hasil rodokan tu, doc cakap rahim closed. So, takde apa yang perlu dirisaukan. Ni semua sebab implantation. Doc bagi Duphaston iaitu ubat kuatkan rahim dan untuk support baby. Balik umah dalam keadaan lega. Tak risau lagi dah. :)


5 Disember 2012
Bangun tido nak mandi terkejut tetiba kat panties ada lendir coklat+merah. Banyakkk. Masa ni tak bagitaw hubby. Menggigil dan berdebar-debar terus mandi buat tak tahu. Hubby perasan muka pucat masa ni tapi dia tak syak apa-apa dan dia terus pegi keje. Tengahari terasa perut sekejap sakit sekejap hilang. Masa tu tak fikir apa dah, mulut tak berhenti berzikir, berdoa mudah-mudahan kandungan ni selamat. Malamnya, dah takde lendir coklat+merah tu lagi. Lega.


6 Disember 2012
Situasi yang sama, pagi tu bangun tengok ada lendir tu lagi. Kali ni memang tak nak rahsia-rahsia lagi. Terus panggil hubby. Hubby bawak pegi hospital. Sampai hospital macam biasa laa, doc suh wat UPT and blood test. Pastu kena tahan wad. Kena rodok lagi untuk tahu punca bleeding tu. Doc cakap rahim masih closed and tak nampak sebarang luka. Scan perut tak nampak apa-apa. Scan ikut vagina baru nampak kantung tu. Tapi takde janin. Masa ni kandungan dah masuk 7 minggu. Doc pelik sepatutnya 7 minggu dah leh nampak janin dengan heartbeat baby. Doc suh rehat kat wad. Kalau ada pendarahan banyak baru bagitaw. Keesokannya, takde sebarang lendir @ darah yang kuar. Bersih. Doc bagi discharge dan pesan banyakkan rehat.


8 Disember 2012
Perut terasa sakit macam nak buang air. Pegi toilet terkejut tengok ada fresh blood and ada ketul kecik-kecik. Terasa nak pitam masa ni. Takut sangat. Tipon hubby, minta balik keje awal. Sambil tu berdoa mudah-mudahan takde apa-apa yang berlaku. Tapi dalam masa yang sama, pujuk hati untuk redha dan terima apa saja keputusan. Petang tu darah masih keluar dan takde tanda-tanda yang ia akan berhenti. Terus ajak hubby pegi hospital. Hubby bawak ke bahagian kecemasan. Doc check and scan tak nampak apa-apa lagi dah. Doc suh balik dan dia buat surat untuk refer ke bahagian pakar ari Isnin sebab doc yang ada kat wad kecemasan tu semua bukan pakar sakit puan. So, diorang tak dapat nak pastikan apa-apa. Lagipun perut aku sakit on-off.  Kebetulan ari Isnin tu memang ada appointment dengan doktor pakar untuk repeat scan. Malam tu, perut rasa sakit memulas-mulas. Baring salah, duduk salah. Serba tak kena. Hubby usap-usap perut dan minta aku banyakkan zikir. Akhirnya terlelap.


9 Disember 2012
Oleh sebab dah tak tahan nak tunggu ari Isnin, hubby terus bawak aku pegi O&G. Doc scan dan dia sahkan kandungan aku tak menjadi. Kantung yang dulu bulat cantik dah tak bulat lagi dah. Doc cakap kantung pun tak membesar dan tak sesuai dengan usia kandungan yang dah masuk 7 minggu lebih. Bayang janin pun tak nampak. Doc jelaskan satu persatu sebab-sebab kandungan tak menjadi, dan terus terang aku cakap, aku tak tahu apa yang doc cakap tu sebab aku macam tak rasa ada kat situ. Hubby pegang tangan aku dan pandang muka aku. Aku tau dia cuba bagi aku kekuatan untuk terima apa yang doc cakapkan tu. Aku tahan airmata dan aku pujuk hati untuk tenang dan bersabar. Sempat aku pegang perut, aku usap dan cakap dalam hati "takde rezeki mama nak tengok anak mama membesar dalam perut ni" :')

Doc bagi option untuk bagi kantung tu keluar sendiri atau D&C. Tanya hubby, hubby terus suh D&C sebab tak sanggup tengok aku menahan kesakitan. Sebelum tu doc tanya nak D&C kat situ atau nak kat GH. Hubby bincang ngan mak, mereka sepakat suh wat D&C kat klinik tu je. Tak payah gi GH. Nanti banyak proses lagi. Lagipun semalamnya gi GH, doc pun tak dapat detect kandungan aku tu. Mak cakap takpela buang duit sket, duit boleh cari. Petang tu jugak, aku menjalani proses D&C. Tak sedar pun. Tak rasa sakit sebab doc bagi ubat bius. Sedar-sedar dah ada kat umah dah. :')



And now, dah 9 hari aku berpantang. Alhamdulillah. Allah berikan aku kekuatan dan aku redha atas apa yang berlaku. Tertulis bukan rezeki aku dan hubby, mungkin Allah dah aturkan yang terbaik untuk kami berdua. Doakan aku cepat sembuh dan sehat supaya dapat berusaha lagi !!! :')




##Maaf entry terlalu panjang. 
Terima kasih pada yang sudi baca.##




UPDATE : 


♥ THANKS for READING!! ♥

42 ♥ lovely notes ♥:

Unknown said...

Tabah hati dan kuatkan semangat ya ^_^

ecadwinkyasha said...

in sha allah,allah akan berikan yang lain...mungkin dia ambil ne untuk uji umatnya...tabahkan hati oke?!

Mizz Farah said...

@Eca Dwinky Asha
Alhamdulillah..dah blh terima..insyaallah..tq dear~ :)

unknownname said...
This comment has been removed by the author.
Mizz Farah said...

@Alysha Syahirah
tq dik..insyaallah..akak da kuat da skang.. :)

Fira hilwa said...

farah, sedihnyaaa baca... :(
pastu part yg 'rodok2' tu, tkt plak rs... huhu... kes ko sme ngn senior aku dlu, dia pn gugur anak sulung. moga Allah gantikan dgn yg lbh baik. ameen..

Amalina Ali said...

Sabar ye farah. be strong. insyaAllah, Dia tahu yang terbaik.

Mizz Farah said...

@Fira Hilwa
Amin...tq fira..huhu..alhamdulillah..aku da leh terima dah pe yg berlaku..mula2 tu mmg sedih..tp berkat doa dan smngt dr smua org..aku jd kuat.. :)

Mizz Farah said...

@Amalina Ali
yeahhh..Allah pasti dah rancang sesuatu yg lebih baik lagi..tq awk~ :)

Dingdang said...

jaga diri baik-baik ya.
ngeri betul saya baca yang bahagian 'bawah' tu.
bukan rezeki awak lagi :)
yang penting kena ceria selalu dan jangan sedih-sedih ye.

Mizz Farah said...

@Nurul Faiz
tengkiu awak...insyaallah..tak sdih lagi..ngeri kan?? saya da 6x rasa da..HEHE

Unknown said...

sedihnya,, nangis baca part
"takde rezeki mama nak tengok anak mama membesar dalam perut ni" :')
sabar ea akak,, akak kena kuat.

Mizz Farah said...

@zaimah iskandar
tq dear...akak da kuat da..Alhamdulillah :)

fara weda said...

salam... awak... situasi awak sama cm sy... sok bru dktr konfem kn gugur ur x... sy takut... :-(

Sya Chot .. said...

Insya Allah,semuanya akan ok..:) tabahkan hati..:)

Singgah sini,bawa entry baru :
http://chot91.blogspot.com/2012/12/website-menarik-untuk-dilawati.html

Nurrul Hazieqah said...

Mungkin Rezekinya akan datang.. tabahkan hati...
Tuhan maha mengetahui apa2 yg dia kehendaki..

*Mudahan2 lain masa ada rezeki. Insya'Allah :)

Mizz Farah said...

@fara weda
awak..kuatkan smgt k..insyaallah takde pape..n pujuk hati utk redha taw..sbar~ :)

Mizz Farah said...

@Nurrul
trima kasih nurrul..insyaallah..mgkin ada yg lebih baik..doakan ye~ :')

Anonymous said...

saya disahkan hamil tetapi masa kandungan 10 minggu, saya alami pendarahan dah dekat 4 hari darah merah keluar. Hari ke 4 keluar darah berketul-ketul sikit-sikit dan kadang-kadang darahnya berlendir. Yang pelik masa hari pertama darah keluar tu suami bwa jumap dr scan ckp cuma nampak kantung kosong. dr sahkan bru 10 minggu tp tiada denyutan nadi bayi dan rupa janin tidak kelihatan pun. Dr suruh dtg selepas 2 minggu utk pemeriksaan. Adakah saya keguguran disebabkan darah yang keluar dari faraj?

izzanabiha said...

sedihny bce..smoga Allah berikn akk rzeki lg d mse akn dtg..amin..:-)

izzanabiha said...

sedih bce ksah akk..smoga akk trus kuat n smoga Allah memberi rezeki lg d mse akn dtg..aminnn..:-)

Mizz Farah said...

@izzanabiha
Alhamdulillah...rezeki Allah tu ada dik..akak da peknen semula :)

Mizz Farah said...

@Anonymous
besar kemungkinan..tapi pape pun tunggu la 2 minggu lagi..mna tau ada keajaiban berlaku.. :)

Anonymous said...

Saya baca entri ni dan sedihnya saya turut rasai sebab saya sendiri mengalami masalah kandungan..

Baru 2 bulan cuba untuk pregnant. Alhamdulillah doktor kata saya pregnant 5 minggu ++ tapi klinik tu takde kemudahan ultrasound. Doktor mintak saya pergi buat u/s kat klinik lain.

Kurang dari 10 minit saya smpai ke klinik yg ada u/s dan bila doktor scan, rahim saya kosong malah doktor kata ada sedikit kawasan dalam skrin tu kelihatan seperti darah period saya yang belum selesai (saya memang tengah bleeding)..

Doktor kata lagi.. Ada cyst di sebelah kiri rahim saya tapi kecil sahaja.

Berjauhan dari suami dan saya ke sana ke sini naik turun bas dan hanya ditemani ibu buat saya bertambah sedih. Malah sekali pun suami tak pernah berkesempatan berada di sisi saya utk melihat sendiri pregnancy test yang menunjukkan saya mengandung, mendengar butir ucapan doktor dan menemani ketika saya di scan.

Semuanya saya mms dan sms melalui handphone untuk memaklumkan keadaan saya.

Saya tak pasti status kehamilan saya. Mungkin saya akan buat blood test dan lihat sama ada saya benar2 masih mengandung atau pun tidak..

Unknown said...

Bsabar k..bkn rezeki..sy dh 2x keguguran pd thn yg sama..1st gugur genap janin 3bln..mmg sakit msa doc kuarkn janin tanpa bius..msh lg terasa sejuk2 peralatan yg doc masukkn smpi skrg..yg 2nd plak, 3x scan atas 3x scan bwh, kantung baby xde..msa doc nk mskkan mulut itik versi besi, sy bgn & ckp yg sy xbleh..genap 2bln seminggu, janin sy turun sendiri msa sy mbuang air kecil..bkn rezeki sy..lepas abis bpantg, g mgurut..agak lewat skit nk lekat..lepas 8bln gugur 2nd,skrg ni sy mgandung lg, tp sy masih risau & bimbang..mudah2han awk cepat2 dpt baby..Insyaallah..amin..

Mizz Farah said...

@Anonymous
sedihnye..sabar k..kuatkan smgt..insyaallah Allah akan bantu sis nti..

Mizz Farah said...

@Alice Kent
tq alice...berkat ksbrn..skrg sy da preggy dah..gugur ni taun lepas..sbln pas gugur da lekat smula..skrg da 4bln lebih dah.. :) doakan ksihatan sy dan baby ye..

Unknown said...

sy doakan awak & baby shat2..amin..

Dian said...

Sedih pula baca kisah farah ni..anyway setiap yg berlaku adalah qada dan qadar dari Allah..Dian pun hampir 3 tahun berkahwin masih belum dikurniakan zuriat.Masih berusaha sedaya yg mampu moga ada rezeki dari Allah :)

zaleha said...

Sedih bila akk Baca kisah adik ni.now akk pregnant 7w 5 days. Kdg2 bleeding,last week g scan atas dan bawah but nmpk kantung dan tiada janin-heartbeat. Akk risau juga sbb ni First time berlaku ( kandungan ke6) dan 1st utk 2 nd hubby Arabian.akk Sgt berharap agar kandungan selamat memandangkan hubby sangat inginkakan anak 'Malay'..

Babymoi Zuragon said...

saya juga mengalami masalah yg sama..sedih yg teramat sgt..tapi hati tetap redha krn Allah swt tahu apa yg terbaik buat kita dan percayalah akan rezeki yg Allah swt bagi.. jgn putus asa..itu yg penting.. :)

Babymoi Zuragon said...

saya juga mengalami masalah yg sama..sedih yg teramat sgt..namun saya tetap redha krn percaya akan ada lg rezeki itu utk saya selepas ini..

Babymoi Zuragon said...

saya juga mengalami masalah yg sama..sedih yg teramat sgt..tapi hati tetap redha krn Allah swt tahu apa yg terbaik buat kita dan percayalah akan rezeki yg Allah swt bagi.. jgn putus asa..itu yg penting.. :)

Cici's DO (Diary Online) said...

Assalam dear..kite pon hadapi perkara yang same.. Sesungguhnya, setiap kejadian ada hikmahnye.. Insya-Allah..

Anonymous said...

Sabar ea sis.sy phm sbb sy dah lalui sama mcm sis.sy doakan rezeki ank utk sis.insyallah.sabar, bnyk2 istigfar,usaha dan serah pd ALLAH.

mimie said...

kak cek kat hospital mana sebab sy pun scan x nmpak..

Unknown said...

Sya pn meglami pkra yg sma.. Prtma 11 thn yg lalu.. Hamil 2 bln lbih.. Scan kantong ksong.. Dan skrg hamil 12w..kluar flek..sedikit..p scan pn dktor ckp kntong kosong x janin.. Tungu lg 2 mingu scan balik.. Harap2 afa keajaiban Allah.. ��