May 1, 2013

Rezeki dari ALLAH :')

Assalamualaikum...


Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung story. (Janjila sangat!) Dah berbulan-bulan baru nak publish. My bad, my bad. Cerita ni taklah best pun. Sekadar nak berkongsi kegembiraan ni pada semua follower kat blog ni. Straight to the point, mungkin ada yang tahu kisah aku sebelum ni. Pernah keguguran pada bulan 12 tahun lepas. Bagi yang belum atau tak pernah baca boleh klik SINI. Benarlah, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Alhamdulillah, Allah beri rasa kepahitan dulu sebelum dapat rasa kemanisannya. :')

#Throwback
09 Disember 2012, aku disahkan keguguran pada usia kandungan mencecah 8 minggu. Sedih? Bohongla tak sedih kan. Lagi-lagi ni anak pertama. Tapi, aku dan hubby redha. Belum rezeki kami. Doktor nasihatkan supaya rancang semula untuk pregnant after 2 kali period. Hubby aku dah jeling-jeling time ni. HAHA. Mana taknya, pas D&C kena 'puasa' sebulan (Pantang!). Sebelum D&C lagi dia dah 'puasa'. Pas dapat tahu aku pregnant masa 5 minggu. Kiranya 2 bulan lebih kottt dia 'puasa'. Pity him.


09 Januari 2013, pas sebulan D&C, period datang macam biasa. Normal ikut kitaran. Lega. Sebab ada kawan-kawan aku bagitau selalunya lepas D&C hormon jadi tak betul. Tu boleh buat period datang lambat. Tapi Alhamdulillah, period aku okay. So, next period, kalau ikut kitaran 28 hari tu jatuh pada 6 Februari 2013. Dalam minggu ni, aku da mula rasa tak sedap badan. Pening, pastu rasa nak muntah. Aku bagitau hubby aku, hubby cakap mungkin kesan daripada D&C aritu tak pun sebab nak datang period. Aku pun tak fikir apa-apala dan mengiyakan jela kata-kata hubby aku tu. So, aku abaikan. Tengahari 5 Februari  aku pitam. Tetiba je gelap mata. Kepala pening. Tekak loya. Sekali lagi aku tak syak apa-apa, mungkin sebab cuaca panas, tak cukup tido, tambah-tambah lagi kerja berlambak-lambak.


06 Februari 2013, sepatutnya hari ni aku period. Tapi tak datang. Aku bagitau hubby aku (sikit-sikit bagitau! Ngade!). Dia suruh aku sabar. Sampai tertido aku tunggu. Esoknya, pagi-pagi aku muntah. Kepala pening. Badan menggigil. Aku gagahkan jugak pegi sekolah. Cuaca panas. Pas makan tengahari kat kantin, aku muntah. Balik keje petang tu, muntah lagi. Akhirnya, aku nekad nak test UPT. Aku teringat ada beli UPT ClearBlue. Tak sempat nak pakai dulu. Pas maghrib aku mulakan ujikaji. Dan resultnya seperti gambar di bawah -------


-sila abaikan selimut yang berbulubulu itu-


Tu diaaaaaaa. Memula keluar perkataan pregnant je, tangan da menggigil-gigil. Antara percaya atau tak. Betul ke tak betul ni? Ke aku bermimpi? Ikutkan hati aku nak je call hubby nak bagitau. Tapi akal aku cakap jangan. Aku pun mesej laa beberapa orang kawan aku, tanya "UPT ClearBlue selalu tepat kan?". Kawan-kawan aku semua cakap "YE! ClearBlue selalu tepat". Malam tu aku terus buat sembahyang hajat dan sujud syukur. Hubby masih tak tahu lagi. Aku rahsiakan. Nasib baik kami PJJ, so masih boleh buat supriseee. ^^


8 Februari 2013, aku pegi klinik untuk confirmkan. Macam biasa doktor suruh test UPT. ALHAMDULILLAH, hasilnya double line. Baru aku percaya ketepatan ClearBlue. Muahaha. Doktor sahkan kandungan masih diperingkat awal. Usia kandungan masa tu baru 4 week. Doktor suruh datang lagi sebulan untuk scan. Hari ni doktor bagi MC. Sebab tekanan darah aku rendah, dan aku kelihatan sangat tak bermaya. Pagi tu, sebelum pegi klinik, aku muntah-muntah sampai muntah hijau yang pahit tu. Erkk!~


Okay. Sambung next entry. ^^


♥ THANKS for READING!! ♥

0 ♥ lovely notes ♥: