May 9, 2013

Trimester Pertama Berjaya Diharungi

Assalamualaikum...


Sambung story aritu. INI KALI lebih panjang. HIHI. 


8 Februari tu aku dapat MC. Kebetulan hari Jumaat. Hari terakhir persekolahan sebelum cuti Raya Cina. Jumaat malam tu hubby amik aku bawak balik Segamat. 3 jam perjalanan (JB-Segamat), 4 kali aku muntah sampai aku nangis-nangis (Ngade kan!). Hubby pelik. Dia risau takut-takut aku salah makan. Masa tu dah tengah malam, klinik pun takde yang bukak. Aku pulak rasa bersalah buat dia risau macam tu, last-last aku bagitau dia jugak.


Seperti yang dijangkakan, dia tak percaya!!! Dia gelakkan aku. -,-' Dia cakap aku ni terlalu mengharap. Frust jugakla time tu. Sampai hati dia. Aku terasa sangat masa tu. Aku diam je. Malas nak cakap pape. Sampailah dia minta maaf baru aku bercakap dengan dia. Dah sampai je kat umah MIL, aku tunjukkan segala bukti. UPT ClearBlue, UPT masa kat klinik, ubat-ubat yang doktor bagi. Semuanya. At last, dia percaya, tapi dalam masa yang sama dia pesan kat aku jangan terlalu mengharap sebab tak nak kecewa lagi. Buat macam biasa. Jaga betul-betul. Jaga makan minum, pergerakan semuanya la. Dan dia juga minta aku banyakkan berdoa supaya Allah pelihara dan lindungi baby ni. :')


Hubby minta aku rahsiakan dulu perkara ni. Aku cuma bagitau mak aku, and dia bagitau mak dia. Kawan-kawan, adik badik semua tak tahu lagi. Hubby cakap bila kandungan dah masuk 3@4 bulan baru boleh bagitau kat semua orang. HEHE. Maka merasalah aku morning, afternoon, evening, night sickness. Tak dinafikan, pregnant kali ni, mabuk teruk sangat. Nasib masa tu cuti sekolah, memang terbaring jela kat umah MIL. Bila kandungan dah masuk 5 minggu lebih, aku rasa sakit perut yang teramat sangat. Aku call hubby, hubby balik keje awal, bawak pegi klinik. Sakit perut ni buat aku teringat peristiwa lepas, aku alami benda yang sama. Aku pujuk hati. Berdoa dan terus berdoa.


Sampai je klinik, doktor cakap nak scan. Aku dan hubby ikutkan jela. Ni gambar pertama masa scan.


*5week*


Masa ni baru 5w2d kalau tak silap aku. Doktor kat klinik ni memang sangat-sangat menakutkan aku okayyy!!! Dia cakap, kantung tak bulat. (Boleh tengok gambar). Besar kemungkinan boleh gugur lagi. Dia boleh siap marah aku dengan hubby. Cakap yang kitorang ni tak reti nak rancang. Bulan 12 gugur, bulan 1 dah pregnant. Dia bising-bising. Aku ngan hubby diam je. Lama jugak dalam bilik doc ni. Nak buat macam mana. Tadah jela telinga. Bila aku tanya, apa punca aku sakit perut, dia detect aku kena kencing kotor. Apakah??? Dia bagi ubat dan suruh datang balik lagi 2 minggu. Dalam kete, aku dah nanges dah. Terngiang-ngiang kata doc tu. Hubby pujuk, dia suruh sabar. Nanti balik JB, gi klinik lain, scan lagi. Baru lega sket. Tapi bila dah sampai JB tak gi pun scan lagi. -,-'


Bila kandungan dah masuk 8 minggu, hubby teman buat Buku Merah kat Klinik Desa dekat-dekat dengan rumah aku. Pas dah siap semuanya, aku ajak hubby gi scan baby lagi. Mudah-mudahan kali ni kantung okay la. Aku berdoa dalam hati. Sampai je klinik, sebelum scan, macam biasala doktor akan tanya macam-macam. Untuk kali kedua, aku dan hubby kena marah dengan doktor sebab tak rancang betul-betul sama macam doktor kat Segamat tu. T___T Doktor kat klinik pun sangat menakutkan. Garang!!! Sepanjang cakap dengan aku, takdenya nada suara tu rendah. Tinggi aje. -,-' Nak buat macam mana doktorrrrr. Dah rezeki awal.


*8week*


Hasil scan kali ni pun memeranjatkan aku. Tengoklah kantung tu, still tak bulat lagi. Dah macam bentuk tanda 'right', macam bentuk rokok paip pun ada. Tapi, kat dalam kantung tu dah ada baby. Nampak tak? Nampak tak? :') Masa ni dah leh dengar heartbeat baby. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa ni. :')


Doktor : Jantung baby okay, sangat bagus. Tapi masalahnya kantung awak ni....
Aku : Kenapa doktor?
Doktor : Kantung tak bulat, tengokla sendiri. Kalau normal, kantung baby mesti bulat.
Aku : Bestu, macam mana ni doktor?
Doktor : Dalam kantung awak ni ada darah, garis memanjang ke atas ni la darah, besar kemungkinan awak akan alami bleeding, atau sakit perut.
Aku : *sedih* Ada efek kat baby tak nanti doktor?
Doktor : Bergantung pada keadaan. Saya pun tak boleh nak bagitau apa-apa sebab masih awal. Datang balik lagi sebulan. Scan bila dah masuk 12 minggu nanti.
Aku : Baiklah.


Hubby time ni diam je. Sepatah haram tak bersuara. Sket pun takde tanya pape baik kat aku mahupun kat doktor. Perasaan aku tak payah cakap la. Berdebar aje. Risau. Bimbang. Takut-takut 'perkara' tu terjadi lagi. Tapi, bila dah sampai rumah, hubby pujuk aku supaya banyakkan berdoa sebab doktor bukan Tuhan. Tak semua yang doktor bagitau tu tepat. Aku rasa terpujuk dan lega. Doa, doa dan terus berdoa.


2 minggu pastu aku tak sabar nak scan. Tak sabar nak tahu perkembangan baby dalam perut ni. Aku cakap dengan hubby takyahla tunggu sebulan. Ajak dia pegi klinik lain lak. Sampai dia perli aku banyak sangatttt 'doktor panel'. HEHE. Masa ni usia kandungan dah 10w4d.


*10week*


Tadaaaaaa. Tengok! Tengok! Kantung yang macam 'rokok paip' dah jadi normal laa. Baby pun dah makin besar. :')) Legaaaaaa. Masa ni dah leh nampak baby gerak-gerak kat skrin tu. Sangat aktif. Comel je. Cuma aku takleh nak rasa lagi. Nanges gembira + tak tahu nak cakap apa. Hubby tengok pun sampai tak tercakap pape. Subhanallah. Kuasa Allah. :')


*12week*


Masuk minggu ke 12, tak tau nak cakap pe :') Baby makin sihat dan membesar dengan baik. ALHAMDULILLAH. Perancangan Allah memang menakjubkan. :')


Semalam (8/5/2013) ada check up kat klinik. Kandungan dah masuk 17 minggu. Doktor bagitau uri kat bawah. Seriau dengar. Tapi doktor cakap nanti baby akan pusing-pusing kat dalam tu. HIHI. Kandungan dah masuk 28 minggu nanti boleh scan lagi. Hope baby mainlaa pusing-pusing sampai uri tu naik atas balik okay.. ^^


#Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan semoga aku di beri kesihatan serta kekuatan dan keyakinan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Amin. Tak sabar nak tengok Junior FarahZaidi. ^^


ALHAMDULILLAH ^^


♥ THANKS for READING!! ♥

14 ♥ lovely notes ♥:

Wanie Boahari said...

semoga segalanya selamat.. 1st baby ye? sama dengan saya..saya dah masuk 27 weeks..

aishareoils said...

semoga dilindungi Allah..yang penting banyak berdoa dan jaga diri ye... :)

miss yellow said...

congrate... kitaorang pun nak sgt ada junior... ermmm cepat @ lambat semua Tuhan tentukan... semoga slmt semuanya... doakan kitaorg sekali ya... aminnnnnnn

Mizz Farah said...

@~wAniE~
tq dear..ak'ah 1st baby..whoaa bestnyee dah 27week..jap je~

Mizz Farah said...

@Ecah Ecot
thanks..insyaallah..amin~

Mizz Farah said...

@miss yellow
tq..insyaallah..pasni ada rezeki utk korang lak.. ;)

Sura Mohd said...

Salam..jaga kandungan btul2 ya dik..semoga segalanya dipermudahkan..
jangan lasak tau!..Salam ukhwah dr Kak Sura:)

Mizz Farah said...

@Sura Mohd
tq kak sura...insyaallah..doakan kte ea kak ;)

Unknown said...

Saya minta share doa ye.untuk baby dalam kandungan ni...thanks..

Unknown said...

salam..sy google ttg pregnancy & jmpa post ni..bru pas g klinik td..doctor sahkan less than 3 weeks pregnant & blm nmpk lg masa scan..tp nmpk csyt =( doctor ckap kecik n tak bahayakn kndungn sy..doakan sy ye ='( ni 1st pregnancy..

Anonymous said...

Salam...kandungan saya skrg usia 6 mgu.scan doc ckp mcm apa yg awak dngar dari doc masa 1st scan tu la.....hg saya ni hncur luluh sgt2....tiba2 td nk pujuk ht sdri..saya terbuka blog awak ni....sedikit sbnyk pngalaman awak ni memujuk ht sya yg dh hncur bkecai sblum ni....dan saya msih mnaryh harapan agar kndungan saya akan normal lpas ni.....doakan untuk kndungan saya agar selamat ye....tq coz blog awak ni buat semangat saya kmbali....

Anonymous said...

As salam..smlm scan 5w2d sarung irregular..doc kata 60 to 70% akn MC.sya xde bleeding just mild sengugut almost stiap ari..complete abortion msa julai .. sedih x terkata smlm..went for 2nd opinion coz doc 1st suh buat transviginal scan tp doc 2nd ni x buat..trus conclude MC..msa ni dh pening n loya sgt..tetap gagah..hubby marah2..tau dia kecewa lg..doakn utk sya moga ada keajaiban dr Allah..smoga Allah pelihara kandungan ni dan mbesar normal..bca blog awak skurgnya dpt kurang rsa sedihnye

Anonymous said...

Saya pn doc ckp mcm 2..pas 2 dtg lg 2week..sgt risau...hopefully jd mcm kes awak jgk..semoga kandungan sy selamat n sihat..